KUALA NERUS: Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gong Datuk di sini, tengah hari ini.
Senik Abdullah, 60, yang tinggal bersama keluarga adiknya, dipercayai bersendirian di rumah dan berada di dalam biliknya dalam kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Khairiri Mat Resad @ Arshad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari.
"Tiga jentera dan sebuah lori tangki dengan kekuatan 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, BBP Kuala Terengganu dan BBP Jalan Kota digerakkan ke lokasi untuk kerja penyelamatan dan memadam kebakaran.
"Bomba cuba untuk masuk menyelamatkan mangsa namun sebahagian struktur rumah jenis separuh kekal dengan sebahagian besar binaan kayu itu telah runtuh menyukarkan kerja penyelamatan dibuat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran tersebut dan kerja penyiasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Premis dianggarkan musnah 90 peratus dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan untuk memastikan api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya.
Adik mangsa, Dol @ Zulkifli Abdullah, 52, ketika ditemui berkata ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum mendapat panggilan daripada anaknya memaklumkan tentang insiden itu.
Menurutnya, atas faktor kesihatan, mangsa sebelum ini memang sudah biasa ditinggalkan bersendirian sekiranya ahli keluarga yang lain mempunyai urusan di luar, namun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu, menurut saksi kejadian, Zakaria Mad, 66, yang juga jiran mangsa berkata dia mendengar dua letupan sebelum menyedari berlakunya kebakaran tersebut.
"Saya dan jiran-jiran terdekat terus ke lokasi kejadian sebelum menghubungi pihak bomba. Tidak lama selepas itu saya terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan ada daripada kami cuba masuk untuk selamatkannya, namun gagal kerana api terlalu marak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran tersebut dan kerja penyiasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Warga emas rentung, tiga melecur dalam kebakaran kereta
Menurut bomba, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang musnah terbakar 98 peratus.
Warga emas rentung dalam kebakaran
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan oleh pasukan bomba di bahagian dapur rumahnya.
Warga emas rentung dalam kebakaran empat kenderaan
Kebakaran melibatkan kenderaan yang diparkir iaitu kereta Ford Telestar, Naza Citra dan Proton Wira serta lori satu tan jenis Daihatsu.
Warga emas OKU rentung rumah terbakar
Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gong Datuk di sini, tengah hari ini.
Warga emas rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pelantar, di sini, malam ini.
Warga emas rentung, dua ahli keluarga melecur dalam kebakaran
Mayat warga emas yang rentung ditemukan dalam sebuah bilik manakala dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.
Tiga termasuk warga emas rentung dalam kebakaran di Sibu
Tiga individu termasuk seorang warga emas rentung dalam satu kejadian kebakaran di Lorong 1A, Jalan Burung Beliris, Kampung Bahagia Jaya dekat sini pada Selasa.
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah kongsi
Seorang warga emas berusia 64 tahun rentung dalam kebakaran rumah kongsi pekerja di Kunak Jaya Lorong 7, di sini, hari ini.
Kenderaan terbakar, lelaki warga emas ditemui rentung
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kenderaan yang diparkir dekat Blok D Warisan Cityview, Jalan Cheras, di ibu negara siang tadi.
Warga emas rentung dalam kebakaran di Simpang Empat, Perlis
Mangsa ditemui rentung dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya selepas dipercayai gagal selamatkan diri berikutan pintu gril rumah yang berkunci.